Generasi kedua Honda Jazz

Jazz generasi kedua
Juga dikenaliHonda Fit
Guangzhou-Honda Fit
Pengeluaran2008-2014
PemasanganJepun
Thailand
Brazil
Greater Noida, India
United Kingdom
Indonesia
Pingtung, Taiwan
Guangzhou, China
Filipina
Stail badanHatchback 5 pintu
LayoutFF
PlatformGE
EnjinPasaran Eropah dan Asia

Pasaran Amerika Utara

Tapak roda2,500 mm (98.4 in)
Panjang3,985 mm (156.9 in)
Lebar1,695 mm (66.7 in)
Tinggi1,525 mm (60.0 in)
Berat kering1,149 kg (2,533 lb)
Muatan bahan api42 L (11 US gal; 9 imp gal)
BerkaitHonda City V
Honda Insight II
Honda Freed

Generasi kedua Jazz ditampilkan sebagai model tahun 2008 pada 17 Oktober 2007 di Pertunjukan Kereta Tokyo. Kereta tersebut mempunyai asas roda lebih panjang daripada pendahulunya serta lebih lebar dan lebih panjang. Tinggi keseluruhan tidah berubah, manakala tinggi dalaman bertambah sebanyak 0.3 in. Tempat duduk berbilang mod serta konfigurasi kargo dikekalkan, dengan alas kepala yang direka semula untuk memudahkan tempat duduk belakang dilipat. Bahagian kabin menampilkan isipadu dalaman lebih besar, menakala ruangan but berkurangan daripada 21.3[4] kepada 20.6 cubic feet (0.58 m3).[5]

2009 Honda Fit (JDM)2009 Honda Fit Sport (AS)

Dua pilihan enjin ditawarkan pada model baru Jazz. Model 1.3 L (~79 inci padu) i-VTEC menghasilkan 98 hp (73 kW) pada 6,000 rpm dan 98 lb·ka (133 N·m) pada 4,500 rpm. Enjin ini ditawarkan pada kedua-dua pasaran Eropah dan Asia. Enjin 1.5 L (~92 inci padu) i-VTEC turut ditawarkan serta menghasilkan keluaran maksimum 117 hp (87 kW) pada 6,600 rpm dan 106 lb·ka (144 N·m) pada 4,800 rpm.[5] Model 1.5L ini merupakan satu-satunya pilihan enjin bagi pasaran Malaysia serta boleh didapati dalam transmisi 5 kelajuan automatik sahaja.

Kerangkanya telah dijurutera semula, dengan ketegaran struktur meningkat sebanyak 164 peratus.

"Kami sedar bahawa model pendahulu agak tegap, jadi kami banyak menghabiskan masa memperbaikinya. Tapi kami percaya kami berjaya melakukannya betul-betul sekarang."
—Hitomi

Jazz kini menampilkan pemanduan dan pengendalian yang diperbaharui.[6]

Rujukan

WikiPedia: Honda Jazz http://www.autoblog.com/2007/07/18/honda-2-000-000... http://www.autobloggreen.com/tag/honda+fit/ http://www.cars.com/go/advice/Story.jsp?section=to... http://www.dispatch.com/live/content/business/stor... http://www.edmunds.com/insideline/do/Drives/FirstD... http://world.honda.com/news/2005/c050624.html http://jalopnik.com/cars/industry-news/us-news--wo... http://www.jbcarpages.com/honda/fit/2008/specs/ http://www.jbcarpages.com/honda/fit/2009/specs/ http://blogs.motortrend.com/6301350/car-of-the-yea...